Pada Ahad yang lepas , berada di kawasan pergunungan Kinabalu merupakan saat yang tidak dapat dilupakan . Alhamdulillah & terima kasih yang tidak terhingga diucapkan pada semua yang mendoakan keselamatan saya . Pada pendapat saya pengembaraan kali ini selain menguji ketahanan fizikal & mental , ianya membuatkan saya sentiasa sedar siapalah diri ini kerana " Tiada daya melainkan Allah " & kita ini hanyalah hamba Allah yang kerdil . Wassalam .
Friday, March 2, 2012
XPDC Ke Gunung Kinabalu
Pada Ahad yang lepas , berada di kawasan pergunungan Kinabalu merupakan saat yang tidak dapat dilupakan . Alhamdulillah & terima kasih yang tidak terhingga diucapkan pada semua yang mendoakan keselamatan saya . Pada pendapat saya pengembaraan kali ini selain menguji ketahanan fizikal & mental , ianya membuatkan saya sentiasa sedar siapalah diri ini kerana " Tiada daya melainkan Allah " & kita ini hanyalah hamba Allah yang kerdil . Wassalam .
Monday, February 20, 2012
Latihan Intensif
Debaran menghadapi Hari khatam 2012 dapat dirasai oleh ahli-ahli yang bakal khatam beberapa bulan saja lagi . Latihan etensif telah diadakan di gelanggang induk Lianpadukan Martial Arts Academy , setiap ahad jam 9pagi . Ramai yang hadir menjalani latihan etensif untuk persiapan diri menjelang khatam. Latihan yang diketuai oleh Cikgu Din Misai & terima kasih yang tak terhingga diucapkan bagi cikgu-cikgu yang terlibat bertungkus - lumus memberi sokongan dari segi jasmani mahupun rohani .
Friday, February 17, 2012
Pengorbanan Guru
Setiap ilmu yang kita belajar dari guru takkan dapat dibalas dengan wang ringgit . Saya hanya mampu berdoa agar guru-guru saya dipanjangkan umur , dimurahkan rezeki & sentiasa diberkati Allah .
Bagi saya sendiri saya berpegang pada Sabda Rasulullah s.a.w :
Manistahaf ustaazahubtalaa hullahu bisalaasatu dhaaqa rizqahu wanisa ilmuhu wayahruju minad dunyaa bighairil iimaana.
Maksudnya : (Sesiapa yang meringankan yakni tidak mengambil berat pada gurunya nescaya diturunkan bala oleh Allah Taala kepadanya dengan 3 perkara iaitu disempitkan rezekinya , dilupakan ilmunya & ditanggalkan imannya) Na'uzubillah.
Oleh itu marilah kita bersama-sama menghargai jasa guru-guru kita sementara mereka masih ada . Wassalam.
Tuesday, February 14, 2012
Mengembara ke Gunung Nuang
Pada Rabu yang lepas, kami telah berjalan-jalan mengembara ke Gunung Nuang . Suasana yang tenang & udara yang nyaman . Memang berbeza suasana di sini berbanding di bandar . Kami dihiburkan pula dengan okestra dari cengkerik & katak puru. Ada juga diantara kami yang mengeluh kepenatan & rindukan bantal dirumah . Semasa hendak pulang, tak kering gusi dibuatnya apabila masing- masing berjalan perlahan-lahan seperti "zombie kampung pisang" . Rasa macam nak tercabut saja kepala lutut ini bila berjalan. Memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan kerana ia dapat melatih fizikal & mental kita dalam menjalani kehidupan harian .Wallahu a'lam...
Subscribe to:
Posts (Atom)


