Wednesday, May 16, 2012

Terima Kasih Guru





Orang haji dari Mekah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak
 

Pagi-pagi mencari kelapa
sudah jumpa pokok dinanti
Budi guru saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi guru rasa nak junjung

Banyak ubi perkara ubi
Ubi keledek ditanam orang
Banyak budi perkara budi
Budi guru dikenang orang



Melayu oh melayu
Pandai sungguh bermain parang
Bunga kembang akan layu
Budi guru bilakan hilang

Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sekat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa

Limau manis dimakan manis
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Manis sekali hati budinya

Terbang merayap si rama-rama

Hinggap sebentar diatas daun
Budi guru saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun



Saturday, March 24, 2012

Apa itu Qigong ?




   Qigong secara kasar boleh dilihat sebagai senaman pernafasan atau gerak-geri yang boleh membawa manfaat dalam bentuk pengurangan tekanan . Qi adalah udara , manakala Gong adalah tindakan yang dilakukan dalam sesuatu disiplin atau tahap kemahiran . Pernafasan juga dititik beratkan dalam Lianpadukan . Ada yang berpendapat ia merupakan senaman tradisional yang melibatkan teknik mengumpul & mengedarkan tenaga dalam badan. Wallahu a'lam...

Friday, March 2, 2012

XPDC Ke Gunung Kinabalu





  Pada Ahad yang lepas , berada di kawasan pergunungan Kinabalu merupakan saat yang tidak dapat dilupakan . Alhamdulillah & terima kasih yang tidak terhingga diucapkan pada semua yang mendoakan keselamatan saya . Pada pendapat saya pengembaraan kali ini selain menguji ketahanan fizikal & mental , ianya membuatkan saya sentiasa sedar siapalah diri ini kerana " Tiada daya melainkan Allah " & kita ini hanyalah hamba Allah yang kerdil . Wassalam .

Monday, February 20, 2012

Latihan Intensif

     




   Debaran menghadapi Hari khatam 2012 dapat dirasai oleh ahli-ahli yang bakal khatam beberapa bulan saja lagi . Latihan etensif telah diadakan di gelanggang induk Lianpadukan Martial Arts Academy , setiap ahad jam 9pagi . Ramai yang hadir menjalani latihan etensif untuk persiapan diri menjelang khatam. Latihan yang diketuai oleh Cikgu Din Misai & terima kasih yang tak terhingga diucapkan bagi cikgu-cikgu yang terlibat bertungkus - lumus memberi sokongan dari segi jasmani mahupun rohani .