LIAN PADUKAN : TOK KEBAYAN
Senjata Lapan Gayang Lima , Tak Lianpadukan Hilang Di Dunia

Thursday, May 23, 2013
Friday, November 30, 2012
Muharam 1434H
Alhamdulillah pada 23 November 2012, telah diadakan Majlis Melangir Pedang 2012 bersempena 10Muharam hari Asyura bertempat di Gelanggang Induk LP Johor Bahru. Selepas solat isyak berjemaah, majlis dimulai dengan bacaan yaasin dan tahlil untuk arwah guru-guru. Majlis melangir ini turut memberi maksud mencuci iaitu membersihkan senjata-senjata yang kita miliki.
Angsa Penjaga Rumah
Angsa sangat bermanfaat untuk dipelihara. Ia boleh menjadi pengawal di halaman rumah . Semakin garang angsa itu semakin tinggi harganya. Angsa juga dapat menghalau ular dan tahi angsa sangat dibenci oleh ular .Angsa boleh menjadi “mesin rumput” di halaman rumah anda kerana angsa suka makan rumput. Potongan yang sekata bagaikan padang golf. Angsa akan bertukar menjadi ganas sekiranya ada orang asing menghampirinya.Angsa sangat mudah dipelihara kerana tanpa makanan yang khusus angsa dapat berkembang biak dengan lebih baik berbandingkan kebanyakan unggas lainnya. Angsa mudah membesar lebih tahan terhadap penyakit dan hampir tidak memerlukan ubat-ubatan. Angsa dapat dibiakkan walaupun tanpa kolam air. Bulu angsa akan bertambah cantik sekiranya dibuatkan kolam air dan kita dapat menenangkan jiwa sambil melihat aksi angsa bermain air.
Thursday, October 25, 2012
Layakkah Kita ?
Alkisah disuatu hari ada orang tua yang ingin pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam terdapat seorang pemuda yang menjaga tandas menegurnya , “Wahai orang tua , bayarlah dulu sebelum masuk.”
Mendengarkan teguran pemuda itu , bercucuran keluar air matanya orang tua tersebut.
Pemuda tadi terkejut dan berkata , “Wahai orang tua , andai kata kamu tiada wang untuk dibayar , masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini .”
Orang tua tersebut menjawab , “Wahai orang muda , aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki , bagaimana pula dengan syurga Allah ? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya ?"
Kita seringkali tidak lari dari melakukan kesilapan . Kadangkala terfikir , layakkah diri ini menjadi ahli syurga? Sama-samalah kita renungkan , Wassalam.
Saturday, August 18, 2012
Monday, May 21, 2012
KELEBIHAN PUASA DIBULAN REJAB
Sabda Nabi s.a.w.:
Hendaklah kamu memuliakan bulan
Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan
Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban
dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman
Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi
(Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang
panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala
dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari
kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab
kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya
muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh
pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan
pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya
lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya
hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari
kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat
wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam
syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya
sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam
a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya
yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya
(pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan
Qur'an atas segala Qalam.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh
tahun dan diberi minum air dari Syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang
seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat
seumurnya.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti
puasa sebulan pahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa
orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab
wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah
bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sesiapa bersedekah
pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan
kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu
darjat, dihapus seribu kejahatan.
Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada
bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik
dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab
dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, bulan Allah.
Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab
meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawab: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa
meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100
kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru
kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu
kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau
adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding
antaraKu dan antarakau".(dari kitab Raudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan
pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana
kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang
mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di
dalam syurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada
malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.
Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari,
ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di
dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika
berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan).
(Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan
Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap
hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa
pada siangnya dan beribadat pada malamnya.
Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu
yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.
REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
p/s: renung2 kanlah. Wallahu a'lam...
Subscribe to:
Posts (Atom)