Wednesday, May 16, 2012

Terima Kasih Guru





Orang haji dari Mekah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak
 

Pagi-pagi mencari kelapa
sudah jumpa pokok dinanti
Budi guru saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi guru rasa nak junjung

Banyak ubi perkara ubi
Ubi keledek ditanam orang
Banyak budi perkara budi
Budi guru dikenang orang



Melayu oh melayu
Pandai sungguh bermain parang
Bunga kembang akan layu
Budi guru bilakan hilang

Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sekat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa

Limau manis dimakan manis
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Manis sekali hati budinya

Terbang merayap si rama-rama

Hinggap sebentar diatas daun
Budi guru saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun