Setiap ilmu yang kita belajar dari guru takkan dapat dibalas dengan wang ringgit . Saya hanya mampu berdoa agar guru-guru saya dipanjangkan umur , dimurahkan rezeki & sentiasa diberkati Allah .
Bagi saya sendiri saya berpegang pada Sabda Rasulullah s.a.w :
Manistahaf ustaazahubtalaa hullahu bisalaasatu dhaaqa rizqahu wanisa ilmuhu wayahruju minad dunyaa bighairil iimaana.
Maksudnya : (Sesiapa yang meringankan yakni tidak mengambil berat pada gurunya nescaya diturunkan bala oleh Allah Taala kepadanya dengan 3 perkara iaitu disempitkan rezekinya , dilupakan ilmunya & ditanggalkan imannya) Na'uzubillah.
Oleh itu marilah kita bersama-sama menghargai jasa guru-guru kita sementara mereka masih ada . Wassalam.