Wednesday, February 8, 2012

Air Terjun Kota Tinggi memang BEST








Pada sabtu yang lalu , Kota Tinggi dibanjiri dengan ahli-ahli Lian Padukan sempena upacara mandi penimbul . Kami yang bertolak seawal 09:00pagi dan tiba pada pukul 3:00ptg. Walaupun banyak halangan yang kami hadapi , syukur alhamdulillah kami sampai ke destinasi . Masing-masing ceria bergambar dihadapan pintu masuk air terjun Kota Tinggi . Selaku Pengerusi KL & Selangor , Cikgu Din Misai memberi taklimat pada semua ahli yang bakal khatam.
 

 
 Setelah siap mendirikan khemah masing-masing terus mandi . Bermacam- macam ragam dapat dilihat ketika mereka mandi.






Selesai mandi masing-masing bersiap sedia untuk sessi ulangkaji silibus. Pada pukul 02:00pagi sedang sibuk kami berlatih , tiba-tiba semua lampu "blackout". Terpaksalah kami berlatih dalam suasana yang agak romantik bertemankan lampu suluh.

Habis saja latihan , semua berehat di khemah masing-masing. Oleh kerana kami ada membawa teko ajaib(dengar boleh percaya jangan) yang mampu menghidangkan kopi yang cukup hebat. Akibat dari kesan kopi tersebut masing-masing sukar untuk melelapkan mata.





Setelah solat subuh, upacara mandi penimbul pun dimulakan . Tuhan saja yang tahu bagaimana sejuknya air terjun di Kota Tinggi. Selesai mandi , pelbagai pendapat yang diluahkan , ada yang terasa ringan bagai nak terbang & ada pula yang rasa semakin putih . Apa pun pendapat mereka, itu hak masing-masing.






Perut masing-masing mula berkeroncong selepas mandi. Kami terus mendulu ke tempat makan. Dengan bacaan bismillah kami pun menikmati hidangan sarapan pagi yang disediakan oleh Cikgu Sham Giant & family Cikgu Din Misai.


Selesai makan kami, kami pun menikmati suasana air terjun dan kebetulan ada ramai pelancong dari Siam yang bermandi manda disitu. Masing-masing berposing ala-ala "calendar girl" . Aduhai jiwa terseksa dibuatnya. 

  Kami beredar & meringankan kaki untuk bersiar-siar dikawasan air terjun dengan laluan tangga yang dibina. Subhanallah memang benar kata ayahanda, pemandangan di atas air terjun memang indah.Kadang kala terlintas di hati, memang tenang & damai suasana disini secara tidak langsung kita memuji kebesaran Allah. 



Sebelum pulang kami semua berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w & majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Cikgu Din Gondrong.

- jutaan terima kasih kepada Ayahanda Hj Hashim yang telah berbesar hati untuk menghadiri majlis ini. 
- terima kasih juga atas layanan yang baik dari semua cikgu-cikgu Johor terutama Cikgu Din Gondrong.
- terima kasih buat Cikgu Boy yang telah menceriakan majlis ini.
- terima kasih buat Cikgu Din Misai & family yang membantu menjayakan majlis ini.
- terima kasih juga Cikgu Azhar , Cikgu Sham Giant, Cikgu Aimi , Cikgu Wana & Cikgu Faizal yang berusaha kuat didalam majlis ini.
- terima kasih juga buat semua ahli-ahli Lianpadukan yang bakal khatam yang telah menceriakan majlis ini.


Akhir kata, semoga LIAN PADUKAN semakin bersatu padu & berkembang di serata dunia .InsyaAllah, wassalam.